Sunday, July 27, 2008

Boring!!

Haiz...Ni hari boring nak mampos!!!Lagi-lagi kat skolah ni.Takde kawan yang aku nak....Aku macam ketinggalan kat negeri lain lagi ade...Tapi sebenar aku berpisah ngan kawan-kawan aku di s'pore jugak lah...Cume boring sebab takde satu pon kawan aku kat Evergreen boleh ikot aku ke skolah ni...Kalau lah dorang ikot aku,aku leh jeret!!!
''Dis my gang,yal!!!Why!!!U want to piss-off mei!!!''
Tapi ni tok orang yang nak carik pasal ngan aku je argh...Takkan lah aku nak jeret kat orang yang tak bersalah...Tu namenye aku yang nak carik pasal...Hahaha!!!

Thursday, July 24, 2008

Pakaian Tradisional Saya

Tepat pada hari kaum harmoni,saya memakai baju kaum melayu.Tetapi,seluarnya seperti pakaian Penjabi.Warna pakaian saya,berwarna merah jambu.Pakaian ini dibeli oleh ayah saya pada tahun lalu.Namun,saya masih muat memakainya. Walaubagaimana cantik pun pakaian saya itu,sayang,kerana ia hanya boleh dimuat saya selama satu tahun lebih sahaja.Saya sukakan lengan tangannya di bahagian luar yang berkembang seperti bunga.Kainnya pula tidak merimaskan saya.Tetapi, kadang-kalanya,panas juga apabila saya memakai pakaian seperti ini.Saya sayangkan pakaian tradisional saya itu.Ia ialah salah satu pakaian tradisional yang saya gemari!!!

Wednesday, July 23, 2008

Kumpulan Saya Berjaya!!!

Sekolah saya telah mengadakan perlawanan permainan ''Floorball'',''Captains Ball'',bola keranjang dan bola sepak antara kumpulan.Kumpulan- kumpulan itu ialah,Gillman,Delta,Keppel dan Redhill.Saya ialah dalam kumpulan Keppel. Pada hari tersebut,saya berasa sangat hampa kerana saya tidak dapat ketempat pertama.Saya gemar bermain ''floorball''.Jadi,pada hari tersebut,saya dilantik untuk berlawan dengan kumpulan Gillman.Alangkah terperanjatnya saya apabila saya melihat tiga orang yang saya kenal pastibahawa mereka pintar dalam sukan ini.Saya terdiam lalu terus berlawan.Tetapi kumpulan Gillman telah memenangi dalam sukan tersebut.Saya berasa sangat pilu. Tiba-tiba,seorang dari kumpulan Gillman berlari menuju ke arah kawannya.Katanya,kumpulan Keppel telah mendapat tempat pertama untuk permainan bola keranjang dan ''captains ball''.Rasa pilu di hati saya terus lenyap.Saya terus menyokong kumpulan saya supaya mereka lagi bersemangat dan terus berjaya!!!

Kegemaran Saya

Kegemaran saya ialah menulis.Saya gemar menulis kerana sejak kecil lagi ibu saya telah mengajar saya menulis dengan baik.Dari itu,apabila saya mula bersekolah di sekolah rendah dengan umur saya tujuh tahun,saya gemar menulis karangan.Dan saya sentiasa dipuji oleh guru darjah saya tentang tulisan saya.Dengan pujian yang saya terima,ia memberi saya sokongan untuk menulis dengan lagi baik.Kadang kalanya,saya kesunyian sahaja di rumah,saya akan menulis nama saya di sehelai kertas dan mula menulis tentang perasaan saya,diri saya dan sebagainya.Selain daripada menjadikan menulis sebagai kegemaran,mengumpul kertas juga menjadi kegemaran saya.Tetapi bukan sembarang kertas yang saya kumpul.Saya akan mengumpul kertas-kertas yang saya telah tulis dengan tulisan yang cantik.Jadi,anda cubalah menjadikan menulis sebagai kegemaran anda.Tentu menarik!!!!

Tuesday, July 22, 2008

Tentang Diri Saya

Hi!Nama saya Siti Awija.Saya berumur dua belas tahun.Saya mempunyai lima anggota keluarga.Empat orang adik beradik,dan seorang ibu.Di antara empat adik beradik,saya ialah anak yang ketiga.Kerana saya anak yang ketiga,saya mempunyai orang yang saya inginkan dalam hidup saya.Seorang kakak,abang dan adik.Ini ialah tahun kedua saya bersekolah di Sekolah Rendah Blangah Rise.Dahulu,saya bersekolah di Woodlands,Sekolah Rendah Evergreen.Dari Woodlands,saya berpindah ke Telok Blangah.Hinggah sekarang,saya merindukan sekolah lama saya,kawan-kawan saya dan tempat berasal saya.Tetapi saya tiada pilihan.Saya cuma boleh terus memikirkan masa depan saya.Saya akan terus belajar rajin-rajin,lulus dalam semua subjek,bekerja,dan barulah saya akan ke sekolah lama saya dan tempat berasal saya untuk bertemu kawan-kawan lama saya!!!